Friday, 25 March 2016

PERCUTIAN KE PULAU KAPAS 18-19 MARCH 2016



Now nk menghupdate pasal percutian singkat kami ke Pulau Kapas. Of coz teramat seronok pasal ini kali ke-2 daku menjejakkan kakiku ini kat COTTON ISLAND ni. 1st time pergi masa tu tngah pregnant kat anak no. 2 dlm tahun 2008 gitu kalau x silap. Korang boleh bayang dgn anak baru umur 1 tahun then dgn perut memboyot 8 month? hehehe watever janji dapat tenangkan fikiran kan....

Percutian kali ni daku pergi ngan member opis & family ipar sekali.... jom layan......
Oleh kerana musim sekolah jd chalet yg kami nk menginap kebanyakkannya penuh. So kami menginap kat OMBAK KAPAS. Harga pon berbaloi teramat murah. Kami book bilik yg fan shj memandangkan kami kat dlm bilik tu time mlm utk tidur aje. Harga 1 mlm hanya rm100. Murah kan???

Boat yg kami naik utk meyeberang ke sana plak kami gunakan perkhidmatan MGH Boat Service. Sampai kat parking kereta jeti tu korang boleh nampak shoplot kedai & signboard MBG tu hokey... harga boat plak rm40 utk pergi & balik (perhead) budak2 dlm rm20 gitu. Klau korang pandai tawar dapatlah murah lgi kot..... (kasi kenyit mata gatal sikit) hahaha :P

So jom layan gambar yg sempat diambil kat sana........



1st day sampai kat cotton island
dah sampaikan jom mandi ngan ikan!!!!
apabila senja menjelma......



ok! to be continue........

Tuesday, 15 March 2016

PULAU PERHENTIAN PART I

Ni dah kisah lama... percutian daku ngan member2 dalam 9-10 oktober 2015 . Tp x kisahlah nk share xperience kan. So, masa pergi daku menginap kt sini... 


Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet




bestlah utk korang2 yg ad FAMILY mcm daku ni coz ad swimming pool......tp harga boleh tahanlah...masa daku pergi ad potongan harga jd dapat murah sikitlah...




Arwana Perhentian merupakan antara salah satu resort yang terletak di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar. Resort ini menawarkan pelbagai pakej seperti pakej percutian dan pakej snorkeling. Ia juga menawarkan pakej dan penginapan dengan harga yang sesuai dengan lokasi di mana terdapat beberapa resort dan kedai makan disini.

peta pulau perhentian


Kami pergi 2 hari je tau... ruginya x puas rasa tak nak balik!!!

Kami bertolak seawal jam 6pgi  dari K.TGANU ke jeti KUALA BESUT. Alhamdulillah... kami selamat sampai seawal waktu yg ditetapkan. Sementara itu sempatlah kami bfast kat situ. Dengar2 makanan kt pulau mahal2, so kitaorg makan kenyang2 dulu ;)


Abang Naufal & Mumu Am
Lepas siap bfast cepat2 kami bjalan ke jeti utk uruskan mana yg patut. Korang jgn lupa bayar rm5 utk tiket taman laut. WAJIB BAYAR!!
Bayaran : (perhead)
1) boat - rm40 (dewasa) kanak2 half ok!
2) tiket taman laut - rm5

Adeeeeh..... Lama jugak menanti bot kami naseb MUMU AM tak mengamuk.
sempat posing kat jeti :P
inilah jeti Kuala Besut

Akhirnya!!!! masa yg dinanti dh tiba dalam pukul 10 lebih cam tu bot sampai dan masanya menuju ke pulau yg dinanti2.
Perasaan takut mula menghantui tp dek terlalu hepy perasaan tu hilang mcm tu saja....



Bot plak melambung2 dlanggar ombak... bot kami hampir terbalik di tengah lautan, makanya boleh agak perasaan masa tu cam maner? Tp alhamdulillah kami selamat. Tq boat man mmg superb pandai dia handle bot tu... dah terbiasa agaknya. huh!

Dahlah pegang MUMU AM, risau jugak la takut terpelanting masuk laut..tak pasal2 jer.. berkali2 pesan kt hubby peluk anak tu kemah2 (oreganukata) :)Bot pulak boleh tahan laju jugak..eerrrr....

Walaupun pakai safety jaket tapi daku tetap risau selagi tak sampai kat pulau....Bot pulak biasa2 jer, tak kecik dan tak besar sangat tp muatlaaa dalam 15 orang termasuk driver bot skali..


Entrance Arwana
pemandangan dari bilik kami :D

Sampai jer Hentian ni rasa tenang, aman & damai jer.. Laut memang cantik giler.. 

Jauh dr pembangunan, cuma dengar bunyi ombak jer..

Sangatlah selesa dan sesuai datang bercuti kat sini kalau nak release tension..

Kalau perasan sepanjang laluan bot tu memang xder coral sebab diorang dah alihkan ke tepi sikit..
Yang ni memang khas utk laluan bot..semua bot kene lalu ikut sini xboleh suka2 jer nak lalu tempat lain..
Sampai pulau +- dalam jam 10.40,  terus jer check-in..

daku posing!!

tengok anak2 semua dah tak sabar, sampai je terus salin baju then berendam....



Ini baru first day punya cerita...


Tunggu next entry OKAIII ...Banyak lagi nak cerita ni. Nantikan! Zass! :D









Thursday, 10 March 2016

Cara buat BLOG sendiri

Cara-cara buat blog sendiri ramai yang belum tahu macamana nak mula buat blog sendiri, di sini saya mahu berkongsi dengan anda semua cara-cara buat blog sendiri, saya tidak berapa pandai sangat buat blog ni tetapi saya akan cuba berkongsi apa yang saya tahu serba sedikit macamana buat blog sendiri untuk sekadar blog suka-suka untuk masa lapang anda,tetapi perlu di ingat bukan mudah nak buat blog ni jika tidak pandai,dalam dunia blog ni kita kena banyak masa untuk update kita punya blog....jom kita mula....




1. Anda mesti ada akaun google jika dah ada jadi mudah untuk anda,mana yang tidak ada mesti buka akaun google dulu ok.


3. Log masuk ke akaun anda dan anda akan melihat product google dan cari blogger dan click.



4. Siapa yang tidak mempunyai akaun google anda akan nampak 'get start' nanti seperti paparan di dalam gambar di bawah:-




5. After click 'get start' anda akan nampak paparan seperti gambar di bawah;-















6. Please isikan maklumat yang di minta dan klick butang continue,Selepas anda klik “Continue”, anda belum boleh buat blog anda. Anda perlu terlebih dahulu verify atau sahkan alamat email anda untuk tujuan pengesahan. Jadi sila semak inbox email yang anda masukkan sebentar tadi kerana Google akan menhantar email automatik kepada anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada link pengesahan yang ada di dalam email yang anda terima  dan anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah.









7. Next klik pada link “Click here to continue” dan anda akan sampai kepada halaman seperti paparan di bawah ini.











8. Next klik pada butang “Create Your Blog Now” untuk mulakan tugas buat blog blogspot anda sendiri. Anda akan diminta memberikan nama untuk blog anda dan memasukkan alamat blog pilihan anda. Sekiranya alamat yang anda pilih telah digunakan, sila pilih alamat yang lain dan seterusnya apabila berjaya mendapat alamat yang diingini, masukkan kod verifikasi dan tekan “Continue”















9. Setelah itu anda kan sampai ke peringkat kedua untuk buat blog iaitu memilih template. Pilihlah template yang anda berkenan dan seterusnya “Continue”.



10. After anda klik “Continue” seperti di atas, anda akan menemui paparan seperti di bawah. Jadi, klik pada butang “Start Blogging”.


11. After anda berjaya klik pada butang “Start Blogging” maka selesailah tugas saya untuk menunjukkan kepada anda cara buat blog dengan Blogger.com. Selepas itu anda bolehlah mulakan tugas anda menulis catatan (post) pertama di blog anda. Mula-mula masukkan tajuk catatan anda dan kemudian isi kandungan blog. Apa yang anda ingin tulis terserahlah kepada anda. Selepas selesai menulis anda klik butang “Publish Post” di bahagian bawah untuk siarkan catatan ataupun post anda. Contohnya seperti di bawah.


ok! dah siap blog anda... yang mana belum tahu cara-cara buat blog,
Untuk menjadikan blog anda sebuah blog yang aktif buatlah catatan baru 2 atau 3 kali seminggu atau sekurang-kurangnya seminggu sekali. Di samping itu rajin-rajinlah berkunjung ke blog rakan lain (blog walking) dan memberikan komen di blog mereka. Dengan cara ini anda dapat meningkatkan trafik (pengunjung) ke blog anda. Anda bleh menggunakan blog anda untuk tujuan sosial ataupun untuk blog perniagaan. Terserah kepada anda.

SELAMAT MENCUBA YANG BARU NAK BELAJAR BUAT BLOG TU OK,JANGAN LUPA JASA BAIK SAYA MENGAJAR ANDA ILMU YANG SAYA TAHU...JANGAN LUPA LIKE ATAU JOIN SAYA DI BLOG INI...YANG MANA TIDAK TAHU DAN TIDAK FAHAM SILA HUBUNGI SAYA DENGAN MENINGALKAN EMAIL ANDA..

Tuesday, 8 March 2016

Di Sini Titik Permulaan Kembali BLOGGER!



Assalammualaikum..
ha.... alhamdulillah, akhirnya daku mempunyai kesempatan untuk berblog. Dulu pernahlah create satu blog, then bila buat 1..2.. post terus daku deactive coz terlampau bz and disebabkan faktor2 lain yg membuatkan daku malas nk berblog. So, dr terbiar bersawang baik daku deactivekan hajewww...
Lepas ni jgn lupa layan blog daku yew... ok, Baiii :P